KEMASUKAN ANAK ANAK YATIM PEREMPUAN
Tuan / Puan,
JEMPUTAN KEMASUKAN ANAK-ANAK YATIM PEREMPUAN UNTUK MENETAP DI ASRAMA
PUSAT JAGAAN ANAK-ANAK YATIM UMMU SOFIAH
Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa kami dari PUSAT JAGAAN ANAK-ANAK YATIM UMMU SOFIAH, ingin menjemput anak-anak yatim perempuan dari sekolah tuan/puan untuk menetap di asrama pusat jagaan ini. Untuk pengetahuan pihak tuan/puan, pusat jagaan ini telah berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM).
2. Tujuan utama penubuhan pusat jagaan ini adalah untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dan lebih berorientasikan kebajikan. Selain dari kemudahan-kemudahan asas yang disediakan, pusat jagaan ini juga bersedia menampung semua perbelanjaan pendidikan, yuran-yuran peperiksaan, makan-minum, pakaian serta sara hidup diri sepanjang mereka menetap di sini.
3. Oleh yang demikian, jika terdapat anak-anak yatim perempuan di sekolah tuan/puan yang tergolong dalam kumpulan ini maka pihak kami mengalu-alukan kedatangan mereka dan bersedia membantu untuk menjaga serta mendidik mereka. Walaubagaimanapun, kumpulan umur yang kami terima adalah terdiri dari pelajar-pelajar yang berumur dari 9 hingga 17 tahun. Anak-anak yatim di pusat jagaan di sini akan menyambung pelajaran mereka di sekolah-sekolah kerajaan berdekatan iaitu di:
SMK Tat Beng, Trong, Perak - Menengah
SK Sungai Tinggi, Trong, Perak - Rendah
Pihak tuan/puan boleh menghubungi penama-penama berikut untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut:
Puan Hajah Faridah - 019-5687994
Tuan Haji Abdul Karim - 013-5099032
Kerjasama tuan/puan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Yang benar,
………………………………………………………..
ABDUL KARIM BIN MOHAMAD ISA
Yang Di-Pertua / Pengetua
Comments
Post a Comment