MINI PROFIL UMMU SOFIAH
LATARBELAKANG
Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Ummu Sofiah ditubuhkan pada 1 Januari 2001 dengan pengambilan awal anak-anak yatim hanya seramai 10 orang. Ianya diasaskan oleh sepasang suami isteri iaitu Tuan Haji Abdul Karim bin Mohamad Isa dan Puan Hajah Faridah binti Karim. Pusat ini beroperasi di atas sebidang tanah seluas 0.3090 ekar di Lot No. 3554, No. GM 618, Mukim Sungai Tinggi, Negeri Perak. Tanah tersebut adalah tanah wakaf peninggalan Allahyarham Haji Mohamad Isa bin Bakar iaitu bapa kepada Tuan Haji Abdul Karim.
Dari awal penubuhan sehinggalah sekarang, pusat ini beroperasi sepenuhnya atas tanggungan persendirian oleh pengasasnya dan dibantu dengan bantuan ikhsan dari semasa ke semasa oleh para penderma di kalangan individu-individu, badan-badan bukan kerajaan (NGO), swasta serta badan-badan kerajaan tertentu. Para penderma ini datangnya dari kawasan tempatan dan luar kawasan. Dan alhamdulillah, berkat kegigihan dan kesabaran pengasasnya pusat ini dapat bertahan sehingga ke hari ini.
Dari tahun ke setahun jumlah anak-anak yatim yang menghuni di pusat ini semakin bertambah. Sehingga kini, jumlah penghuni di pusat jagaan ini mencecah 40 orang termasuklah 30 orang anak-anak yatim, kakitangan yang bertugas serta ahli keluarga pengasasnya. Perkembangan yang di luar jangkaan ini menyedarkan pengasasnya bahawa pentingnya sesuatu yang lebih terjamin dilakukan sebagai persediaan menghadapi cabaran-cabaran di masa hadapan. Oleh yang demikian, pengasasnya mengambil keputusan untuk berdaftar dengan pihak-pihak berkuasa tempatan yang berkaitan sebagai persediaan awal bahkan sebagai langkah memantapkan lagi struktur pengurusan dan pentadbiran pusat jagaan ini.
Pusat jagaan ini telah didaftarkan dengan pertubuhan-pertubuhan berikut:
Tahun 2008
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Perak di bawah Akta Pertubuhan 1966
No. Pendaftaran - 1499-08-PRK
Tahun 2010
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak di bawah Akta Pusat Jagaan 1993
(Seksyen 10)
No. Perakuan Pendaftaran - A/PJB KK 013/2010
TUJUAN DAN MATLAMAT PENUBUHAN
Tujuan dan matlamat penubuhan ini adalah untuk membantu dan membela nasib anak-anak yatim dari golongan fakir miskin yang kurang upaya untuk meneruskan pelajaran dan berusaha untuk membimbing mereka agar mencapai kejayaan hidup di dunia dan di akhirat.
3. VISI
Mewujudkan generasi berasaskan Al-Quran dan Sunnah serta penyebar agama Allah SWT. Disamping keperluan ukhrawi, kepentingan duniawi tidak pula diendahkan malah ianya juga dititikberatkan.
4. MISI
· Membantu sedaya mungkin anak-anak yatim berlatarbelakangkan dari keluarga yang kurang berkemampuan.
· Melahirkan generasi yang berilmu, bertrampilan serta berakhlak selaras dengan keperluan ummah dan negara.
· Melahirkan kesinambungan generasi umat Nabi Muhammad SAW yang boleh membaca dan cintakan Al-Quran malah merealisasikan segala tuntutan berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.
· Mengasah dan membentuk kemahiran diri yang ada pada setiap anak-anak yatim sebagai persediaan menghadapi cabaran-cabaran masa hadapan.
ANAK-ANAK YATIM
Pusat jagaan ini sentiasa mengalu-alukan kemasukan anak-anak yatim dari seluruh daerah Negeri Perak sepanjang tahun. Syarat utama kemasukan adalah anak yatim atau yatim piatu. Malah segala keperluan serta perbelanjaan harian sepanjang mereka menghuni di sini akan ditanggung sepenuhnya. Anak-anak yatim di sini akan menyambung persekolahan mereka di sekolah-sekolah bantuan kerajaan yang berhampiran iaitu:
Sekolah Menengah Kebangsaan Tat Beng, Trong - Menengah
Sekolah Kebangsaan Sungai Tinggi, Trong - Rendah
Lain-lain syarat kemasukan ke pusat jagaan ini ialah:
Umur - 9 hingga 17 tahun
Jantina - Perempuan
Dokumen - Salinan Sijil Kematian ibu atau bapa atau kedua-duanya
Salinan Sijil Kelahiran / Kad Pengenalan anak
Salinan Kad Pengenalan waris
BANTUAN DAN SUMBANGAN
Jumlah anak-anak yatim yang menghuni di pusat jagaan ini suatu ketika mencecah sehingga 30-40 orang. Tanggungan dari semasa ke semasa begitu mencabar dirasai oleh pengasas pusat jagaan ini. Sehingga ke hari ini, pusat jagaan ini tidak mendapat sebarang bantuan secara tetap dari mana-mana pihak. Seperti yang dimaklumkan, segala keperluan anak-anak yatim di sini ditanggung sepenuhnya termasuk makan minum, yuran-yuran persekolahan, perbelanjaan harian sekolah, pengangkutan dan sebagainya. Justeru itu, sebarang bentuk sumbangan serta bantuan dari semua pihak amat dialu-alukan. kami sangat mengalu-alukan sumbangan barang dapur seperti (tepung,bawang,perasa minuman,sos cili,rempah kari dan lain-lain. makanan asas seperti beras allhamdulillah sangat mencukupi buat masa sekarang.
DIREKTORI PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
i. Nombor-nombor telefon:
Pejabat 05 – 8544 170
05 – 8544 637
Tuan Haji Abdul Karim 013 – 5099 032
Puan Hajah Faridah 019 – 5687 994
E-mel:
Blog:
www.ummusofiahdy.blogspot.com
www.ummusofiahdy.blogspot.com
Akaun Bank:(ATAS NAMA "PUSAT JAGAAN ANAK-ANAK YATIM UMMU SOFIAH")
Bank Muamalat 0802-0001072-71-8
Maybank 158181-154152
SUMBANGAN DALAM BENTUK CEK
HENDAKLAH DITULIS ATAS NAMA
"PUSAT JAGAAN ANAK-ANAK YATIM UMMU SOFIAH"
Comments
Post a Comment